AHMAD HAMZAH

Maklumat Diri
Asal
Melaka
Tarikh lahir
27/9/1948
Pasangan
Datin Seri Hajah Zainun Tun Abdul Ghafar

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah merangkap Ahli Parlimen Jasin Melaka yang disandang selama tiga penggal sejak 2008.

Beliau terus mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) tanpa rekod kalah di Parlimen terbabit meskipun berlaku pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Meskipun majoriti berkurangan iaitu mendapat 309 undi, namun beliau berjaya mengekalkan kemenangan dengan mendapat 26,650 undian ketika menentang Khairuddin Abu Hassan daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 26,341 undi. 

Ahmad juga telah mengumumkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Jasin untuk PRU15 bagi memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menggalas tanggungjawab.

Beliau sudah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama enam penggal iaitu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam (1995-2008) dan Ahli Parlimen Jasin (2008 hingga kini) yang dilihat telah memadai dan sudah tiba masanya untuk bersara daripada dunia politik.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Jasin (2008-kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam (1995-2008)
Pendidikan:
  • Universiti London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P139 Jasin
  • PRU13- P139 Jasin
  • PRU14- P139 Jasin

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P139 Jasin N26 Serkam

Video Berkaitan AHMAD HAMZAH