MASTURA MOHD YAZID

Maklumat Diri
Tarikh lahir
22/8/1961
Pasangan
Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Anak
Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar

Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas sejak 2020 merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar dari 2016.

Ibu mentua kepada pelakon dan pengacara Mira Filzah, dilahirkan pada 22 Ogos 1961, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984. 

Pada tahun berikutnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London. 

Tiga tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa dan   mendapat Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia.

Mastura memulakan kerjaya beliau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara pada tahun 1986. Beliau juga merupakan seorang penterjemah sejak tahun 2007.

Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan sering dilihat turun padang menemani Allahyarham suaminya, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad melakukan kerja amal dan bakti untuk masyarakat Kuala Kangsar. 

Selain itu, Mastura juga bergiat aktif sebagai ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).

Pada 2016, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar setelah kemenangannya semasa pilihan raya kecil susulan kematian suaminya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Allahyarham suami beliau telah meninggal dunia pada 5 Mei 2016 akibat kemalangan helikopter di Sarawak.

Mastura merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata lelaki, iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Mastura daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 12,102 undian ketika menentang Ahmad Termizi Ramli daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 11,371 undi dengan majoriti undi sebanyak 731.


ARTIKEL BERKAITAN
'Orang Kuala Kangsar sangat kenali Datin Mastura'
Orang Kuale pemenang sebenar, kata Mastura



 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas (2020-kini)
  • Ahli Parlimen  Kuala Kangsar (2016-kini)
  • Penterjemah (2007)
  • Peguam bela dan peguam cara (1986)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom 
  • Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia
  • Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa
  • Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P67 Kuala Kangsar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan MASTURA MOHD YAZID