THOMAS SU KEONG SIONG

Thomas Su Keong Siong merupakan calon DAP bagi kerusi DUN Pasir Pinji.

Dalam Pilihanraya Umum 2004, beliau bertanding atas tiket parti DAP di kawasan Pasir Pinji dan memperolehi 9633 undi dengan majoriti 2841 undi. Kemudian, dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan Pasir Pinji , Negeri Perak. Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 12526 undi dengan majoriti 6339 undi.

Pada Pilihanraya Umum Ke-13, beliau telah di pilih oleh DAP untuk bertanding di kawasan Parlimen Ipoh Timur (P.064) atas tiket parti DAP dan mendapat 49086 undi dengan majoriti 34000 undi.

Bekas ahli parlimen Kampar Thomas Su Keong Siong adalah pilihan DAP untuk bertanding di kerusi DUN Ketari bagi menggantikan Young Syefura Othman, yang telah "dinaikkan pangkat" untuk bertanding di kerusi parlimen Bentong pada Pru15 yang akan datang. 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi DUN N34 Ketari, Sarawak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (DAP) dan Perikatan Nasional(PN).

Thomas Su Keong Siong sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Ketari meraih 9,722 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 120.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam

Jawatan agensi kerajaan:

  • Ahli Parlimen Kampar
  • Ahli Parlimen Ipoh Timor
  • ADUN Pasir Pinji
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Methodist (ACS) (1977)
  • Sekolah Menengah Methodist (ACS) Sitiawan (1983)
  • ijazah sarjana Undang-Undang dari University of Wolverhampton (1992)
  • Certificate of Legal Practice pada tahun (1993)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P70 Kampar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P89 Bentong N34 Ketari