SAMSIAH ARSHAD

Samsiah Arshad adalah calon BN/UMNO bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N40 Bukit Ibam, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketua Wanita UMNO Rompin, Datuk Shamsiah Arshad dipilih sebagai calon muka baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam pada Pru14

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pemilihan Shamsiah adalah bagi memenuhi kuota Pergerakan Wanita UMNO pada pilihan raya kali ini.

Pucuk pimpinan memilih Datuk Shamsiah (Arshad) bagi memenuhi kuota Wanita UMNO kerana dua calon wanita yang dipilih tidak diiktiraf sebagai Wanita UMNO.

Beliau menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Wan Kadri Wan Mahusin yang digugurkan bagi pilihan raya kali ini,” katanya ketika ditemui di Kuantan, hari ini.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi DUN Bukit Ibam akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perikatan Nasional(PN).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Wanita UMNO Rompin (2018)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P91 Rompin N40 Bukit Ibam
  • PRU15- P91 Rompin N40 Bukit Ibam