MOHD SHAID ROSLI

Maklumat Diri
Telefon
0333960036
Asal
Ulu Bernam, Perak
Tarikh lahir
15/7/1982
Pasangan
Wan Hidayu Wan Ahmad

Mohd Shaid Rosli merupakan calon GTA(PEJUANG) bertanding bagi kerusi Parlimen P96(KUALA SELANGOR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Kemenangan Mohd Shaid Rosli pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti undi sebanyak 1,191 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di bawah parlimen Kuala Selangor menjadikan titik permulaan untuk beliau mengorak langkah lebih jauh dalam dunia politik.
 
Beliau mewakili Pakatan Harapan (PH) mengalahkan calon Zahar Azlan Ariffin daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 5,896 undi dan Mohd Noor Mohd Shahar daripada Pas yang hanya meraih 4,326 undi. 

Dilahirkan pada 15 Julai 1982, Mohd Shaid  mendapat diploma dalam jurusan Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di universiti sama.

Walaupun bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, beliau masih melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan di Asia E University, Subang Jaya.

Minatnya dalam politik bermula ketika menuntut di universiti lagi apabila dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pelajar mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan serta Sains Sukan dan Rekreasi.

Beliau mula serius dalam politik pada 2017 apabila dilantik sebagai Ketua Bersatu Damansara.

Mohd Shaid kini salah seorang Ahli Majlis Eksekutif Pusat Penaja dan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan Negeri Selangor (PAC).

Anak kelahiran Ulu Bernam, Perak ini mendirikan rumah tangga bersama Wan Hidayu Wan Ahmad.

Beliau bersara sebagai Ketua Koperasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Berhad setelah bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dakwaan azan Subuh ganggu tidur, ADUN buat laporan polis

Hadiah RM300 jika berjaya turun 5kg berat badan

ADUN Jeram tawar RM1,000 sekeping wang kertas lama RM1

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram (2018-kini)
  • Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan Negeri Selangor (PAC) (2018-kini)
  • Penasihat Pertubuhan Sukarelawan Kuala Selangor (2018-kini)
  • Pengurus Besar Koperasi UiTM Berhad, Shah Alam (2015-2018)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan UiTM, Shah Alam 
  • Diploma Sains Sukan & Rekreasi UiTM, Shah Alam
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P96 Kuala Selangor

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P96 Kuala Selangor N12 Jeram

Artikel Berkaitan MOHD SHAID ROSLI

Video Berkaitan MOHD SHAID ROSLI