JUHARI OSMAN

Maklumat Diri
Pasangan
Haniza Kidon
Anak
6

Juhari Osman merupakan calon Pakatan Harapan (AMANAH) bertanding bagi kerusi Parlimen P87 Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara Negeri Melaka. Beliau juga merupakan Ketua Pengarah Arif Malaysia, satu badan beruniform di bawah parti Amanah.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Pantai Kundor menentang calon Barisan Nasional (BN), Nor Azman Hassan dan calon PAS, Abdul Halim Maidin.

Beliau tewas tipis dalam PRU-14 tersebut apabila memperolehi 5,001 undi manakala pemenangnya, Nor Azman dari BN memperolehi 5,773 undi. Majoritinya adalah hanya 772 undi.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Pengarah Arif Malaysia
  • Juruelektrik Southern Hospital Batu Pahat
  • Juruelektrik  Lux Apprices Cawangan Batu Pahat
  • Penolong Pengurus Projek Syarikat Reger Mejar Sdn Bhd
  • Penolong Pengurus Projek Syarikat Mam[an Sdn Bhd

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa Amanah Negara Negeri Melaka (2015)
  • Ketua Amanah Tangga Batu
  • Ketua Pengarah Arif Nasional (2015-kini)

Penglibatan kemasyarakatan:

  • Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia (2001-2015)
  • Pengerusi Amal Relief Malaysia(2015-kini)
  • Pengarah Misi Amal Relief Misi Banjir Pulalu Pinang, Perak, Kedah (2017)
Pendidikan:
  • Institut Kemahiran Belia Negera - Dusun Tua
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P87 Kuala Krau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P136 Tangga Batu N12 Pantai Kundor