AHMAD AMZAD HASHIM

Maklumat Diri
Email
amzadhashim@yahoo.com
Asal
Kuala Terengganu
Tarikh lahir
15/1/1970
Pasangan
Dr Nur Diana Ahmad Takri
Anak
9

Datuk Ahmad Amzad Hashim merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas bertanding di kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 40907 undi

Dalam kerajaan Perikatan Nasional, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Anak watan Kuala Terengganu ini mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 1983 hingga 1987.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakauan (kepujian) pada 1995.

Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan badan bukan berkanun (NGO). Antara jawatan yang dipegang seperti Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Terengganu, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Petroleum Terengganu dan pengasas serta Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu (2000).

Pada Ogos 2023, Ahmad Amzad Hashim bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) atas tiket Pas bagi P36 Kuala Terengganu pada PRK Kuala Terengganu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Kuala Terengganu (2018-kini)

Lantikan Pengerusi:

  • Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
  • Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd
  • Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd
  • Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd
  • Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation EPIC Bhd
  • Pengarah Jasa Merin Sdn Bhd
  • Pengarah Eksekutif Crucial Malaysia Sdn Bhd (2007)
  • Pengerusi Segar Ternak Sdn Bhd (2007)
  • Pengerusi Norstar Technology Sdn Bhd
  • Pengarah Mset Engineering Corporation Sdn Bhd ( 2006)
  • Pengarah Urusan Mset Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (1995-April 2004)

Jawatan dalam parti:

  • Naib Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu
  • Pengarah  Jabatan Penerangan Pas Pusat
  • Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Lujnah Ekonomi Pas Pusat
  • Pengerusi Lujnah Ekonomi dan Keusahawanan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu
  • Naib Yang Di Pertua Pas Kawasan Kuala Terengganu
  • Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam
  • Ketua Cawangan Pas Kampung Durian Burung , Kuala Terengganu
  • Pengerusi Ketua Sekretariat NGO, Pas Terengganu (2013-2015)
  • Setiausaha Lujnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pas Terengganu (2013-2015)
  • Timbalan Pengerusi Lujnah JKS NGO Pas Terengganu
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Pusat Tarbiyyah Wakaf Mempelam

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Terengganu
  • Presiden Gabungan Anak Terengganu (GATE) (2013)
  • Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia , Kementerian Pertahanan Malaysia (1999-2004)
  • Ahli Cluster Work Group MITI , Maritime Industry, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia (1998-2004)
  • Pengasas dan Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu (2000)
  • Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Petroleum Terengganu
  • Pengerusi Masjid Lama  Al Ikhlas Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu
  • Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Cukai Pintu Negeri Terengganu
  • Pengarah Dialog Rakyat
  • Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) 
  • Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Kg Durian Burung
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Tengku Bariah
  • Sekolah Kebangsaan Pusat cabang Tiga
  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (1983-1987)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UKM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P36 Kuala Terengganu
  • PRU15- P36 Kuala Terengganu
  • PRU15- P36 Kuala Terengganu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada