MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
15/3/1986
Pasangan
Nur Farihin Farou

Meskipun pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berjaya membuktikan dirinya mampu menumbangkan calon Barisan  Nasional  Abu Bakar Mohamad Diah dengan jumlah majoriti sebanyak 4,259.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan mendapat undian sebanyak 12,102 berbanding Abu Bakar mendapat 7,843 undian.

Bagi calon Pas, Rafie Ahmad pula memperoleh undian 1,552.

Mohd Rafiq juga adalah Pengerusi Perikatan Nasional Melaka.

Pencapaian
Kerjaya:
  • EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan (kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput (2018 hingga kini)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
  • Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
  • Pengerusi Perikatan Nasional Melaka

Anugerah diterima:

  • Darjah Mulia Seri Melaka
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P136 Tangga Batu N13 Paya Rumput
  • PRN DUN Melaka- P138 Kota Melaka N23 Telok Mas