NOR AZMAN HASSAN

Memiliki jiwa kepemimpinan dan sering menyantuni rakyat, Datuk Nor Azman berjaya mengukuhkan kerusi DUN Pantai Kundor mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) PRU-14.

Pada 5 Oktober 2021, keahlian beliau dalam parti UMNO dilucutkan secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Beliau pertama kali bertanding di DUN tersebut mendapat 5,773 undian ketika menentang Juhari Osman daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 5,001 undi.

Manakala calon Pas, Abdul Halim Maidin memperoleh 1,936 undi.

Pertembungan sengit tiga penjuru itu mendapat majoriti tipis iaitu 772 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahi politik
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor (2018 hingga kini)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P136 Tangga Batu N12 Pantai Kundor
  • PRN DUN Melaka- P136 Tangga Batu N12 Pantai Kundor