AHMAD SAFWAN MOHAMAD

Ahmad Safwan Mohamad adalah calon Pakatan Harapan (PH) bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Waris kepada Allahyarham Penghulu Wan Teh Krunei di sebelah bondanya, Wan Safiah bt Wan Abdullah. Almarhum ayahandanya adalah Dr Mohamad, seorang doktor gigi yang pernah beroperasi di Gerik (Klinik Dr Mohamad Baling).

Beliau terlibat dalam banyak aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah. Beliau terlibat dengan persatuan belia kampung selarong, AJK Surau Kg Bekuai, dan AJK Masjid Selarong (Pengkalan Hulu).

Selepas tamat SPM, beliau sempat menyambung pelajaran di Pondok Ustaz Awang, Lanai, sebelum melangkah ke universiti.

Di universiti, beliau aktif membantu pelajar-pelajar tercicir sekitar bandar Kuantan, Pahang, dengan kelas-kelas tambahan dan ceramah motivasi.

Selain itu, aktiviti masyarakat lain yang beliau lakukan adalah pemeriksaan kesihatan percuma di kampung-kampung serta bantuan bencana alam, di dalam dan luar negara.

Beliau kembali ke kampung halaman pada tahun 2018 untuk memberikan khidmat bakti beliau kepada masyarakat di Gerik.

Banyak aktiviti masyarakat yang beliau lakukan, antaranya Projek Gerobok Rahmah (foodbank), Bantuan kelada mangsa banjir, Jelajah Khidmat Kesihatan percuma di kampung-kampung, dan sebagainya.

Selama beliau berada di sini, beliau banyak membangkitkan isu kemasyarakatan, seperti kemiskinan tegar, ekonomi penduduk, pembangunan, dan isu kebajikan rakyat.

Keseriusan beliau dalam memperjuangkan isu rakyat ini menyebabkan beliau menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat di N02 Temengor bagi membolehkan isu rakyat diangkat dengan lebih berkesan selepas ini.

Dr Ahmad Safwan Mohamad mantan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisyhtiharkan keluar daripada parti itu pada 5 Ogos 2020.

Pengerusi Pusat Aktiviti Alternatif Rakyat (PAKAR) Pengkalan Hulu ini yang juga bekas calon DUN Pengkalan Hulu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 turut melepaskan semua jawatan di dalam parti.

Bekas Ketua Armada Bersatu Gerik, turut mendambakan satu budaya politik yang baik, telus dan tulus.

Peletakan jawatannya itu berlaku dua hari sebelum pengumuman penubuhan parti baru oleh bekas pengerusi dan pengasas parti itu, Dr Mahathir Mohamad.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Pusat Aktiviti Alternatif Rakyat (PAKAR) Pengkalan Hulu
  • Doktor Perubatan

Jawatan dalam politik:

  • Bekas Ketua Armada Bersatu Gerik
  • Bekas Penyelaras Dun Pengkalan Hulu 

 

Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Bekuai, Pengkalan Hulu
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban, Pengkalan Hulu
  • Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Pondok Pisang, Kupang
  • Universiti Islam Antarabangsa
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P54 Gerik N1 Pengkalan Hulu
  • PRU15- P54 Gerik N2 Temengor

Artikel Berkaitan AHMAD SAFWAN MOHAMAD

Video Berkaitan AHMAD SAFWAN MOHAMAD