Meskipun bertanding buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Datuk Gue Teck berjaya memenangi kerusi DUN Kelebang, Melaka.
Dalam pertembungan tiga penjuru tersebut, Gue Teck dari Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 7,648 undian ketika menentang Lim Ban Hong dari parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 6,859 undi dengan majoriti undi sebanyak 789.
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini pernah menyandang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Ketua Keadilan Cabang Tangga Batu pada 2010 dan dilantik Ketua Cabang Keadilan Tangga Batu pada 2014 hingga 2021.
Sebelum menjadi wakil rakyat, Gue Teck merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat sejak 1995 hingga sekarang di Pembinaan Gading Bersama Sdn. Bhd.
Gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki, lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini diberi tanggungjawab menjawat jawatan dalam Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) selama dua tahun bermula 2018 hingga 2020.
Antaranya di Melaka Sentral Sdn Bhd, MITC Hotel, PM Project Centre Sdn Bhd dan Maka Bekal Sdn Bhd.