ZULKIFLI ISMAIL

Maklumat Diri
Asal
Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka
Pasangan
Zarina binti Saad

Zulkifli Ismail merupakan calon Parti Islam Se-Malaysia (Pas) bertanding bagi kerusi Parlimen P139 Jasin pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 322 undi.

Beliau merupakan pengasas dan pengasuh kepada Pondok Baitul Qurro 'Wal Fuqoha' semenjak tahun 2000.

Zulkifli pernah bertanding kerusi Parlimen P136 Tangga Batu, Melaka pada PRU Ke-14 namun tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Rusnah Aluai dan Barisan Nasional (BN), Zali Mat Yasin.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Jasin (2022)
  • Pengasas Pondok Baitul Qurro 'Wal Fuqoha' semenjak tahun 2000.
  • Tenaga Pengajar di Pondok Baitul Qurro 'Wal Fuqoha'
  • Pendakwah

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
  • Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Negeri Melaka
  • Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Melaka 
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat
  • Mantan Pengerusi Lujnah Khas Sekolah-Sekolah Pondok Majlis Pendidikan Pas Peringkat Kebangsaan

Pencapaian:

  • Penyusun Risalah Arab Berjudul Attanbih 'Anid Dholal'
  • Pengarang buku Ancaman Bahaya Sekularisme
  • Pengarang buku Risalah Attahridh
  • Pengarang Buku Mauizah Attagridh
  • Pengarang buku Mauizah AlHasanah
  • Pengarang buku Tazkiratul Abna
Pendidikan:
  • Maahad Al-Muhammadi, Kelantan
  • Pondok Bukit Besar, Kedah
  • Pengajian bertalaqi di Mesir selama 10 tahun
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P136 Tangga Batu
  • PRU15- P139 Jasin

Kerusi Bertanding DUN: Tiada