SIVARRAAJH CHANDRAN

Maklumat Diri
Asal
Lumut, Perak
Tarikh lahir
16/9/1976
Pasangan
Malathi Annamalai
Anak
3

Sivarraajh Chandran adalah calon Barisan Nasional (BN) mewakili MIC bagi Parlimen P17 Padang Serai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau dilahirkan pada 16 September 1976 dan merupakan Naib Presiden Kongres India Malaysia (MIC), komponen gabungan Barisan Nasional atau Barisan Nasional (BN). Beliau adalah bekas Ketua Pemuda MIC (2013-2018). 

Berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya (UM), Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Malathi Annamalai dan mempunyai 3 cahaya mata. 

Dalam PRU14, beliau bertanding kerusi parlimen P78 Cameron Highlands dan menang namun kemenangannya dibatalkan selepas didapati melakukan kesalahan pilihan raya memberikan wang kepada pengundi dari komuniti Orang Asal sebelum tarikh pengundian.

Pilihan Raya Kecil (PRK) dijalankan pada Januari 2019 dan dimenangi calon baru BN, Ramli Mohamad Nor.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik

Jawatan disandang dalam politik:

  • Penyelaras Kawasan Parlimen Cameron Highlands BN (2017)
  • Panel penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) (2011)
  • Naib Ketua Sayap Pemuda BN (2013-2018)
  • Ketua Pemuda MIC (2013-2018)
  • Setiausaha Pemuda MIC (2008 - 2013)
  • Anggota ahli MIC (2004)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi UM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MIC
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P78 Cameron Highlands
  • PRU15- P17 Padang Serai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada