MOHD RADZI JIDIN

Maklumat Diri
Asal
Ketereh, Kelantan
Tarikh lahir
4/9/1977
Pasangan
Datin Balkis Zakaria

MOHD RADZI JIDIN merupakan calon Perikatan nasional(PN) bertanding bagii kerusi Parlimen P125(PUTRAJAYA) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau telah memenangi  kerusi Parlimen P125(PUTRAJAYA) dengan majoriti 2310.

Dilantik Senator sejak 2018, Dr Mohd Radzi sebelum ini menyertai UMNO kemudian mengambil keputusan keluar parti berkenaan pada 2018.

Beliau menyertai parti Bersatu pada 2018 dan dilantik Ketua Bahagian Keterah dan bekas Ketua Penerangan Bersatu.

Beliau pernah bertanding pada Pilihan raya Umum ke 14 bagi kerusi Parlimen Ketereh menentang penyandang, Tan Sri Annuar Musa dari Barisan Nasional (BN) dan Wan Ismail Wan Jusoh dari Pas, namun beliau telah tewas kepada Annuar Musa.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Putrajaya
  • Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) (2020-kini)
  • Senator (2018-kini)
  • Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (2018-2020)
  • Pensyarah

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Penerangan Bersatu (September 2018)
  • Ketua Bahagian Ketereh, Kelantan (April 2018)
  • Pengerusi Kelab UMNO Australia dan New Zealand (2004)
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah (PhD) Pengauditan The Australia National University, Canberra Australia
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan UUM
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) La Trobe University Australia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P26 Ketereh
  • PRU15- P125 Putrajaya

Kerusi Bertanding DUN: Tiada