MARIA CHIN ABDULLAH

Maria Chin Abdullah merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia.

Beliau aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (Awam) sehingga 1990.

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) yang memperjuangkan kumpulan terpinggir dalam masyarakat terutamanya wanita dan remaja. 

Beliau pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berjaya mengekalkan kuasa Pakatan Harapan di kerusi Parlimen Petaling Jaya dengan mendapat 78,984 undian.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau menentang Chew Hian Tat daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 21,847 undi manakala parti Pas, Noraini Hussin mendapat 14,448 undi.

Keputusan itu merekodkan jumlah majoriti undi sebanyak  57,137.

Maria Chin memegang selama sepenggal kerusi Parlimen Petaling Jaya sejak tahun 2018 hingga kini.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Aktivis hak asasi manusia
  • Ahli Parlimen Petaling Jaya (2018 hingga kini)

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (Awam)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P105 Petaling Jaya

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan MARIA CHIN ABDULLAH

Video Berkaitan MARIA CHIN ABDULLAH