Ahli Parlimen Sungai Buloh, Selangor Sivarasa Rasiah daripada Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 43,631 undian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam pertembungan empat penjuru itu, beliau menentang Nuridah Mohd Salleh daripada Pas yang mendapat 16,997 undi dan majoriti undian sebanyak 26,634.
Turut bertanding, parti Barisan Nasional, A Prakash Rao meraih 16,681 undi manakala PSM, Zainurizzaman Moharam mendapat 642 undi.