MOHD ZUHDI MARSUKI

Selepas memilih bersara awal dari perkhidmatan di Universiti Malaya pada tahun 2016, Dr Mohd Zuhdi Marsuki, telah dilantik sebagai Rektor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad KUIZM, sebuah kolej pengajian tinggi yang dimiliki oleh Pas.

Apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan diganti dengan kerajaan baru Perikatan Nasional pada 1 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • 1995 - 1999 : Tutor Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya
  • 1999 - 2016 : Pensyarah Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi , Universiti Malaya
  • 2017 - 2018 : Rektor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
  • Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
  • Exco Dewan Pemuda Pas Pusat
  • Naib Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM)
  • Presiden Persatuan Usrah Kebajikan Profesional Malaysia (UKP)
  • Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Pendidikan:
  • 1994 : Ijazah Sarjana Muda (Sains) Geografi, Universiti Malaya
  • 1998 : Ijazah Sarjana Sains (Falfasah Sains), Universiti Malaya
  • 2009 : Ijazah Kedoktoran (Eko-Teologi), University of Wales
  • 2007 : Sijil Bahasa Arab, European Institute of Human Science (EIHS)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P108 Shah Alam

Kerusi Bertanding DUN: Tiada