Haji Ir Mustafar Ab Kadir merupakan bekas naib ketua Pemuda Pas Pusat, menjadi calon AMANAH di parlimen Jelebu.
Bekas pensyarah kejuruteraan di Manipal International Universiti ini yang menjadi naib ketua pemuda Pas pada tahun 1980an, diumumkan sebagai calon AMANAH Negeri Sembilan.
Beliau juga merupakan ahli kepada organisasi profesional iaitu Jurutera Profesional (BEM) dan Fellow of The Institution of Engineer, Malaysia (FIEM,8622).