Haniza Talha merupakan calon PBM bertanding bagi kerusi Parlimen P94(HULU SELANGOR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Bekas EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau mula berkhidmat sebagai ADUN di Selangor selepas menang di DUN Taman Medan, Petaling Jaya pada tahun 2008 dalam PRU12.
Pada PRU13, beliau sekali lagi memenangi DUN Taman Medan sekali gus menjadi wakil rakyat kawasan itu bagi penggal kedua berturut-turut.
Pada PRU14, Haniza daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 22,512 undian ketika menentang Muhamad Nizam Shith daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 7,722 undi.
Turut bertanding Pas, Khasim Abdul Aziz mendapat 7,358 dan PRM, Norizwan Mohamed mendapat 177 undi.
Pertembungan empat penjuru ini merekodkan jumlah majoriti undi sebanyak 14,790.
Pada 29 Jun 2020, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim telah mengumumkan Haniza dilucutkan keanggotaan PKR.
Selain itu, beliau kini secara rasmi sebagai Penasihat kepada Perbadanan PR1MA Malaysia dan pada 2 April 2021, beliau dilantik sebagai Pengerusi bagi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menggantikan Datuk Hasbullah Osman yang merupakan ahli Parlimen Gerik.
Pada peringkat parti, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Angkatan Wanita PKR dan Timbalan Ketua Angkatan Wanita PKR.