Bekas pegawai perkhidmatan pendidikan, Salim Mahmood merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada dilahirkan di Kampung Paya Pokok Sena, Kedah.
Beliau juga diberi mandat memegang jawatan, Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Agama Integrasi Al Faizin (SAIF) dan Pengerusi Pusat Dakwah Mahmudiah.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Salim daripada Pas menang dengan mendapat 9,573 undian ketika menentang Ariffin Man daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 8,288 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,285.
Pada Ogos 2023, Salim Mahmood bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi N09 Bukit Lada pada PRN Kedah.