Radhi Mat Din merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kedah.
Beliau juga aktif dalam politik, dan telah dipilih oleh Pas sebagai calon untuk kerusi Dun N08 Parlimen P08 Pokok Sena, Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Dalam pilihan raya tersebut, Radhi memperolehi 23,401 undi dan dikalahkan oleh Mahfuz Omar dari Pakatan Harapan yang menyandang jawatan Ahli Parlimen tersebut, dengan majoriti 5,558 undi.
Pada Ogos 2023, Radhi bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi N14 Alor Mengkudu pada PRN Kedah.