SHAIK HUSSEIN MYDIN

Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sejak tahun 2013.

Beliau juga merupakan Pengerusi Jabatan Perancangan dan Pembangunan di PERDA dan ahli lembaga pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) sejak bulan Mei 2016.

Beliau juga memegang keahlian di dalam pelbagai badan-badan professional di Malaysia termasuk Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Institusi Jurutera Malaysia (IEM).

Pada Ogos 2023, Shaik Hussein Mydin bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi N5 Sungai Dua pada PRN Pulau Pinang. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Jurutera
  • Pengarah urusan syarikat perundangan kejuruteraan
  • Pensuruhjaya Suruhanjaya Penerbangan Udara
  • Ahli Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad
  • Tiimbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

Jawatan dalam parti:

  • Ketua UMNO Bahagian Bagan
  • Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan
  • Ahli UMNO Bahagian Bagan
Pendidikan:
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (PhD Kejuruteraan (Pembinaan dan Teknologi)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) (Ijazah Sarjana Sains pengkhususan Pengurusan Projek)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P47 Nibong Tebal

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU PRN15- P42 Tasek Gelugor N5 Sungai Dua