SHAHANIM MOHD YUSOF

Datuk Shahanim pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebelum bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P015 Sungai Petani.

Beliau juga pernah menjadi Naib Ketua Puteri Umno Malaysia.

Sebelum itu, Shahanim pernah bertugas sebagai pegawai Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia pada 2001.

Beliau kemudian dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan.

Pada 2004, beliau meletakkan jawatan dan menjadi usahawan dengan membuka stesen minyak Petronas.

Pada tahun sama, beliau dilantik sebagai Puteri Umno Kedah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Ahli Dewan Negara
  • Bekas pegawai bank

Jawatan dalam parti:

  • Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Mac 2009-sekarang)
  • Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Kedah (Oktober 2004-Mac 2009)
  • Ahli Jawatankuasa (Exco) Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Sept 2004-Mac 2008)
  • Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah (mewakili Puteri Umno) (Sept 2004-Mac 2008)
Pendidikan:
  • Universiti Utara Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (BBA-Hons)
  • Universiti Teknologi Mara Arau, Perlis (Diploma Pengurusan Perniagaan)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P15 Sungai Petani

Kerusi Bertanding DUN: Tiada