Datuk Awang Solahuddin Hashim merupakan Ahli Parlimen Pendang merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia sejak dilantik 10 Mac 2020.
Beliau juga dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat dan Timbalan YDP Kawasan Pendang.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Awang Solahuddin pertama kali bertanding daripada Pas menang dengan mendapat 26,536 undian ketika menentang Othman Abdul daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 20,728 undi. Majoriti undi sebanyak 5,808.