WAN SAIFULRUDDIN WAN JAN

Maklumat Diri
Asal
Alor Setar, Kedah
Tarikh lahir
20/6/1975
Anak
5

Wan Saifulruddin Wan Jan merupakan calon Perikatan Nasional(PN) mewakili BERSATU bertanding bagi kerusi Parlimen P42- Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 12252 undi.

Walaupun tewas dengan perbezaan undi 11,635 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di tangan Awang Solahuddin Hashim daripada Pas namun itu bukanlah penghalang untuk Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan meneruskan perjuangan berkhidmat untuk rakyat.

Mewakili parti Bersatu ketika itu, anak jati Alor Setar ini bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Pendang dalam pertemuan empat penjuru.

Bakat kepimpinannya mula cemerlang ketika melanjutkan pengajian dalam jurusan Pengurusan di Northumbia University, United Kingdom pada 1993.

Beliau dilantik sebagai ketua kajian bagi salah satu sayap Parti Konservatif yang memerintah United Kingdom ketika itu.

Dengan bakat dan kemahiran menguruskan organisasi, pernah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), beliau kini Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Wan Saifulruddin turut memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia.

Pada PRU14, Wan Saifulruddin yang mewakili Bersatu tewas di tangan Awang Solahuddin Hashim daripada Pas dengan  perbezaan undi 11,635. Awang Solahuddin mendapat 26,536 undian dalam pertandingan empat penjuru.

Calon lain yang turut bertanding ialah Othman Abdul daripada Barisan Nasional (20,728) dan Abdul Malik Manaf, calon Bebas (81).

Awang Solahuddin  menang dengan majoriti undi sebanyak 5,808.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Tasek Gelugor (2022)
  • Ahli Lembaga Pengarah, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS). IDEAS Academy Sdn Bhd (2014 hingga kini)(Sebuah sekolah kebajikan untuk anak-anak pelarian Felo Pelawat Kanan, ISEAS Yusuf Ishak Institute, Singapura sejak Mac 2017)
  • Penasihat, Gabungan Dewan Perniagaan  dan Perindustrian Cina Malaysia (Oktober 2017 hingga kini)
  • Ahli, Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya, Jabatan Perdana Menteri (Oktober 2018 hingga kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (Jun 2019 hingga kini)
  • Pengerusi, Yayasan Ehwal Siswazah (Ogos 2019 hingga kini)
  • Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan

Jawatan disandang dalam politik

  • Ketua Penerangan Bersatu
  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Penyelidikan Metodologi di Middlesex University
  • Ijazah Sarjana Muda di Northumbia University
  • Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur
  • SK Dato Ariffin Mohd Nam, Tassoh, Perlis

 

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P11 Pendang
  • PRU15- P42 Tasek Gelugor

Kerusi Bertanding DUN: Tiada