AHMAD SAMSURI MOKHTAR

Maklumat Diri
Asal
Jerteh, Besut, Terengganu
Tarikh lahir
16/11/1970
Pasangan
To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman

Kemenangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 6,028 di kerusi DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu menjadi titik permulaan untuk beliau melangkah lebih jauh dalam arena politik.

Bertanding atas tiket Pas, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Nik Dir Nik Wan Ku yang mendapat 7,823 undi.

Bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menyempurnakan ijazah sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pengkhususan Pembakaran dan Tenaga di Universiti Of Leeds, United Kingdom pada 1996.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang sama pengkhususan Pencucuhan dan Pembakaran Aeroenjin, Kegagalan Mesin Altitud Tinggi di universiti sama di United Kingdom pada 2001.

Bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) ini turut digelar pakar aeroangkasa.

Tidak hairanlah beliau dipilih untuk menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu.

Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar dikatakan usaha Pas menampilkan generasi kepimpinan baharu di negeri pantai timur itu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama.

Pembabitan Ahmad Samsuri dalam politik bermula sebagai beliau pulang ke Malaysia pada 2001.

Ketika itu beliau dilantik sebagai Ketua Modul dalam Institut Latihan dan Perkaderan Pas Pusat.

Dengan pencapaian akademik yang cemerlang, kredibiliti dan ketrampilan, beliau mula menjawat pelbagai jawatan dalam Pas.

Ahmad Samsuri pernah menjadi setiausaha politik kepada Presiden Pas, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang selama 10 tahun sejak 2008 hingga 2018.

Pakar dalam penganalisis kejuruteraan aeroangkasa melayakkan beliau menerima beberapa anugerah kecemerlangan antaranya Anugerah Penyelidik Cemerlang UPM (2005) dan Anugerah Pencapaian Khas, daripada Federal Agency for Industry (ROSPROM) (2005).

Beliau dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman yang merupakan seorang suri rumah.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) N19 Rhu Rendang pada PRN Terengganu.

Manakala pada November 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Kemaman.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Besar Terengganu (9 Mei 2018 hingga kini)
  • ADUN Rhu Rendang (9 Mei 2018 hingga kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu
  • Setiausaha Politik kepada Presiden Pas (2008-2018)
  • Profesor dalam Parktikal, Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)
  • Profesor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM (2006-2008)
  • Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM (2001-2006)
  • Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM (2003-2008)
  • Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM (1994-1995)
  • Jurutera Jaminan Kualiti, Hitachi Consumer Products (1993-1994)

Jawatan dalam parti:

  • Naib Presiden Pas (21 Jun 2019)
  • Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (2017-2019)
  • Timbalan Pengerusi Pas Humanitarian Affairs and Relief (2017 hingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat (2015-2017)
  • Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat (2013-2015)
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas Pusat (2009 hingga kini) 
  • Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Terengganu
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Marang

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 di TV1, TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM.fm
  • Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi) (Februari 2007-Januari 2009)
  • Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi (Februari 2007-Januari 2009)
  • Ketua Delegasi Teknikal IPTA Malaysia, Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke Agensi Angkasa China; Agensi Angkasa Korea dan Agensi Eksplorasi dan Angkasa Jepun 
  • Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan Astronautik dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Antarabangsa, Washington (2006)

Anugerah:

  • Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia (2005)
  • Anugerah Pencapaian Khas Federal Agency for Industry (Rosprom), Russian Federation, Pameran Inovasi, Penyelidikan dan Teknologi Baharu Dunia ke-54, Brussel (2005)
  • Pingat Emas Pameran Inovasi, Penyelidikan dan Teknologi Baharu Dunia ke-54, Brussel (2005)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang, UPM (2004)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang, UPM (2003)
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroenjin, Kegagalan Mesin Altitud Tinggi), Universiti Of Leeds, United Kingdom (2001)
  • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Pembakaran dan Tenaga), Universiti Of Leeds, United Kingdom (1996)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1993)
  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1983-1987)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P40 Kemaman

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P37 Marang N19 Ru Rendang
  • PRU PRN15- P37 Marang N19 Ru Rendang