SABRI AZIT

Maklumat Diri
Asal
Guar Chempedek Kedah
Tarikh lahir
4/4/1966
Pasangan
Wan Maziah W. Ibrahim
Anak
10 anak

Sabri Azit merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P12-Jerai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 33192 undi.

Meminati  bidang penulisan dan gemar membaca, maka tidak hairanlah, Ahli Parlimen Jerai, Kedah, Sabri Azit pernah dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) pada tahun 2020.

Anak watan Guar Chempedek Kedah ini merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Beliau dilahirkan pada 4 April 1966 pernah menjadi pendidik sebelum menceburi bidang politik.

Beliau juga penerima Pingat Jasa Kebaktian pada tahun 2008.

Sabri membuat penampilan sulungnya pada Pilihan Raya Umum (PRU14) daripada Pas, menang dengan mendapat 22,312 undian ketika menentang Jamil Khir Baharom daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 21,773 undi. Majoriti undi sebanyak 539.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Jerai (2018 hingga kini)
  • Guru Sek Men Kerajaan (1996 hingga 2018)
  • Guru Sekolah Agama Rakyat  (1991 hingga 1996)

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Yang Dipertua (2018 hingga kini)
  • Naib Yang Dipertua (2017 hingga 2018)
  • AJK Pas Kawasan (2010 hingga 2017)
  • Ketua Pemuda Pas  (1992 hingga 2010)

Senarai dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia  (2020)
Pendidikan:
  • Universiti Malaya (1987 hingga 1990)
  • SMK A Al-Irsyad Kepala Batas Seberang Perai (1986 hingga 1987)
  • Sek Agama Taufikiah Bt 16 Padang Lumat (1979)
  • Sek Keb Ulu Sedaka (1973)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P12 Jerai
  • PRU15- P12 Jerai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada