Mohd Hasbie Muda merupakan Pemuda Amanah dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dengan menggunakan tiket PKR.
Beliau menyandang jawatan Pengarah Biro Pendidikan Politik Pemuda Amanah Nasional.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, beliau merupakan calon Amanah bertanding bagi kerusi Parlimen P88 Temerloh.
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Temerloh ini berjanji akan menyelesaikan masalah harga palet ikan patin yang mahal dan membebankan para penternaknya.
Beliau juga mahu meningkatkan ekonomi penduduk supaya mereka mampu menikmati ikan patin yang harganya kian mahal.
Hasbie juga mendakwa calon Barisan Nasional, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi parlimen yang sama gagal membantu penternak ikan patin walaupun sudah lama menjadi wakil rakyat.