Harumaini Omar merupakan calon GTA(PEJUANG) bertanding bagi kerusi Parlimen P94(HULU SELANGOR pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Cubaan bertanding buat pertama kali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali di bawah Parlimen Hulu Selangor, Selangor, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membawa kejayaan kepada Harumaini Omar.
Beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 21,536 undian ketika menentang Mat Nadzari Ahmad Dahlan daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 13,221 undi dalam pertembungan tiga penjuru.
Majoriti undi yang diperoleh sebanyak 8,315.
Turut bertanding, calon Pas, Mohd Hasnizan Harun yang mendapat 7,408 undian.