NAZRI AHMAD

Maklumat Diri
Asal
Kuantan, Pahang
Tarikh lahir
17/2/1975
Pasangan
Yusmariza Yusof
Anak
7

Nazri Ahmad Merupakan anak Pahang adalah seorang yang mesra dan mudah didekati.

Kehidupannya yang sentiasa bergelumang dengan rakyat menjadikannya setiasa peka mengenai kebajikan dan keluhan rakyat.

Beliau menghabiskan masa selama 4 tahun di Syria untuk menamatkan pembelajarannya di dua buah universiti di sana.

Beliau juga pernah belajar di Mesir dan dianggap sebagai tok guru di kalangan mahasiswa kerana beliau sangat aktif dalam membantu para asatizah dengan kelas kelas tambahan dan menjadi tempat rujukan kebanyakan pelajar di kampus Al Azhar. 

Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah  Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin, Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Ketua Penerangan Pas Negeri Pahang, Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Negeri Pahang dan juga Yang Dipertua Pas kawasan Rompin. 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi DUN Bukit Ibam akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perikatan Nasional(PN).

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2456 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Bukit Ibam
  • Pengetua Maahad Tahfiz Al-Ahmadi, Felda Keratong 5
  • Pensyarah sambilan
  • Guru sambilan

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin (2005-2015)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang (2013-2015)
  • Ketua Penerangan Pas Negeri Pahang (2015-2017)
  • Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Negeri Pahang (2017-2019)
  • Yang Dipertua Pas kawasan Rompin (2015-2019)

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penasihat Pusat akademi Rakyat & Kecemerlangan Rakya5t (ARCA) Rompin
Pendidikan:
  • Diploma Ijazah Lanjutan Syariah Islamiah, American Open University Kaherah, Mesir
  • Ijazah Sarjana Muda syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Diploma Syariah Islamiah, Maahad Ali Lid-Dirasat Al-Islamiah Walarabiah (MADIWA)
  • Sijil Hafazan 30 juzu' al-Quran Bersanad, Syria
  • Syahadah Thanawiyah, Maahad Darul Quran, Terengganu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P91 Rompin N40 Bukit Ibam
  • PRU15- P91 Rompin N40 Bukit Ibam