HASAN ARIFIN

Datuk Hasan Arifin merupakan seorang ahli politik Barisan Nasional bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) P91 Rompin pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah Timbalan Menteri Besar Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). 

Beliau juga dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin dan juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999). 

Beliau dinamakan sebagai calon mewakili UMNO dalam Pilihan raya kecil Rompin 2015 pada 5 Mei 2015 dan pada peringkat parti, beliau ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Besar Pahang (1999)
  • Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (2018)
  • Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang
  • Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang
  • Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Parlimen Rompin (2015)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam (2004)

Jawatan dalam parti:

  • Ketua UMNO Bahagian Rompin(1990)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2003)
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian (1986)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya
  • Kursus pengurusan di Asian Institute Of Management, Manila, Pilipina
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P91 Rompin
  • PRU15- P91 Rompin

Kerusi Bertanding DUN: Tiada