Memenangi kerusi Parlimen P022 Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 menjadikan beliau wakil rakyat Pas paling muda di Dewan Rakyat.
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dengan majoriti undi 30,717
Ahmad Fadhli Shaari daripada Gagasan Sejahtera (Pas) menang dengan mendapat 28,080 undian ketika menentang Nor Azmawi Ab Rahman daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 15,005 undi.
Majoriti undi sebanyak 13,075.
Ahmad Fadhli Shaari merupakan calon PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P22 Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Fadhli lahir pada tahun 1980 merupakan lulusan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan pernah menjadi setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Kelantan yang ketika itu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Fadhli telah menghasilkan lapan buah buku dalam pelbagai bidang dan pernah menerima Anugerah Tokoh Ulama Muda Kelantan 2007.