MOHD ANUAR TAHIR

Mohd Anuar Tahir, 65, seorang aktivis sosial daripada Parti Amanah bertanding atas tiket Pakatan Harapan (Harapan) di Parlimen Temerloh(P. 088).

Pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) (1996-1998),Naib Presiden Antarabangsa ABIM(1997),Ketua Eksekutif Yayasan Salam Malaysia (1997-1998)dan Group CEO, Kedah Agro Holding Berhad(2008-2013).

Beliau juga pernah bertanding di Dun Beseri pada 2004 atas tiket Pas dan Parlimen Padang Besar atas tiket PKR pada 1999.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Aktivis sosial

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Agung Amanah (2013-hingga kini),
  • Anggota Majlis Presiden Harapan (2017-hingga kini),
  • Anggota Majlis Setiausaha Harapan(2013-hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam Negara (1987-hingga kini) 
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sosiologi Morehead State University Amerika Syarikat 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P88 Temerloh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada