ASYRAF WAJDI DUSUKI

Maklumat Diri
Tarikh lahir
14/5/1976
Pasangan
Prof Madya Dr Irwani Abdullah
Anak
5 anak

ASYRAF WAJDI DUSUKI merupakan calon Barisan Nasional (BN) mewakili Umno bertanding bagi kerusi Parlimen P54 Gerik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Asyraf Wajdi Dusuki merupakan Ketua Pemuda UMNO.

Berusia 45, beliau lantang bersuara dalam memperjuangan parti UMNO malah pernah menegaskan era Pemuda 'Yes Man' sudah berakhir,

Walaupun tewas dalam perjuangan ketika bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, beliau bangkit kembali untuk pertahankan tradisi dan kembalikan kekuatan UMNO di mata masyarakat. 

Beliau daripada parti Barisan Nasional (BN) memperoleh 30,947 undi tewas dengan Nik Muhammad Zawawi Salleh dari Pas yang mendapat 32,307 undian dengan majorit sebanyak 1,360 undi.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (2015-2018)
  • Bekas Profesor Madya di INCEIF
  • Bekas Ketua Penyelidik Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)
  • Bekas pensyarah di UIAM 

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Pemuda UMNO
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO 
Pendidikan:
  • Ijazah Kedoktoran (Islamic Banking and Finance) di Universiti Loughborough, UK
  • Sarjana (M.Sc with distinction in Islamic Economics, Banking and Finance)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam perakaunan UIAM
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P19 Tumpat
  • PRU14- P28 Pasir Puteh
  • PRU15- P54 Gerik

Kerusi Bertanding DUN: Tiada