JUANDA JAYA

Dr Juanda Jaya dilahirkan di Sibu, Sarawak merupakan salah seorang daripada 10 adik-beradik berasal dari Petra Jaya, Sarawak. 

Bapanya, Jaya Mahli meninggal dunia pada 3 September 2009 akibat sakit jantung dan pernah menerima Anugerah Keluarga Mithali daripada Majlis Islam Sarawak pada 2007 sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak.

Pada 29 September 2009 beliau telah dipilih oleh Universiti Oxford, UK untuk menduduki kerusi 'Sarjana Tamu' (Visiting Fellow) di Pusat Kajian Islam Universiti Oxford selama 10 bulan bermula 5 Oktober 2009.

Setelah tamat tempoh 'Fellowship' beliau kembali menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis hingga menamatkan kontrak beliau pada 31 Disember 2014. 

Beliau kembali ke Sarawak pada Januari 2015 dan menjawat jawatan Pegawai Tadbir Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak disamping dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak dan Ahli Majlis Urusan Haji Tabung Haji Malaysia mewakili Negeri Sarawak bermula 1 Mac 2015 hingga kini. 

Setelah Pilihan raya umum Negeri Sarawak ke 10 pada 7 Mei 2016, hingga kini beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan DUN N44 Jemoreng.

Beliau bertanding diatas tiket Barisan Nasional, menggantikan penyandang sedia ada, Abu Seman Jahwie yang berhasrat untuk tidak bertanding atas sebab kesihatan.

Dr Juanda juga telah mendirikan rumah tangga dengan wanita warganegara Indonesia dan dikurniakan lima orang anak.

Dari segi pencapaian akademik, beliau pernah melanjutkkan pengajian di Kolej Islam Kelang dan menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah.

 

Pencapaian
Kerjaya:

Lantikan dalam GLC dan agensi:

  • Pegawai Tadbir Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak disamping dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak dan Ahli Majlis Urusan Haji Tabung Haji Malaysia mewakili Negeri Sarawak (2015)
  • Mufti Perlis (2009-2014)
  • Pegawai agama S48 secara kontrak
  • Bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak.
  • Pegawai hal ehwal Islam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)

Jawatan disandang dalam politik:

  • ADUN Jemoreng (2016-kini)
Pendidikan:
  • 'Sarjana Tamu' (Visiting Fellow) di Pusat Kajian Islam Universiti Oxford selama 10 bulan bermula 5 Oktober 2009. 
  • Jurusan syariah Universiti Al-Azhar (1991-1995)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P207 Igan N44 Jemoreng
  • PRN DUN Sarawak 12- P207 Igan N44 Jemoreng