Ir. Christopher Gira @ Gira Anak Sambang antara muka baharu diketengahkan oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk bertanding di DUN Tamin.
Beliau dipilih sebagai calon bagi menggantikan ADUN Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh yang telah menyatakan hasratnya untuk bersara setelah berjuang selama 25 tahun dalam arena politik.
Christopher, 45, merupakan lulusan kejuruteraan awam dari University of Glasgow, United Kingdom.
Mauh terlibat politik selama 25 tahun dan pernah menjadi Ahli Parlimen Selangau selama tiga penggal sejak 1990 sebelum diganti Datuk Joseph Entulu Belaun pada Pilihan Raya Umum 2004.