Gerald Rentap Jabu merupakan Ketua Pemuda PBB berjaya mempertahankan kerusi DUN Layar dengan mengikut jejak langkah bapanya Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011.
Ayahnya mantan timbalan Presiden PBB dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, manakala ibunya mantan Ketua Pergerakan Wanita, Puan Sri Empiang Jabu, bekas Senator.
Beliau berusia 49 tahun juga Timbalan Ketua Pemuda PBB berjaya menewaskan calon PKR, Vernon Albert Kedit yang juga Ketua Penerangan PKR negeri, dalam pertandingan satu lawan satu.
Anak sulung Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu, mendapat 3,931 undi, berbanding Vernon sebanyak 2,503 dengan memperoleh majoriti 1,428 undi.
Rentap pernah berkecimpung dalam sektor korporat, dengan lebih 10 tahun pengalaman di belakangnya dalam bidang hartanah, pembangunan hartanah, kewangan korporat dan sekuriti, pengurusan projek dan pengurusan logistik.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dengan pengkhususan perbankan dan kewangan dari La Trobe University, victoria Australia pada 1993.