IDRIS BUANG

Datuk Idris Buang, 65, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang sepenggal selepas menang Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan seorang peguam dan berkelulusan undang-undang dari Universiti of Buckingham, England. 

Memiliki pengalaman yang luas di dalam dunia perundangan dan pernah menjadi Peguambela & Peguamcara untuk Mahkamah Tinggi Sarawak. 

Mempunyai firma guamannya sendiri iaitu Idris Buang & Associates, Advocates and Solicitors yang ditubuhkan pada tahun 1986 sehingga sekarang.

Mula menceburkan diri di dalam dunia politik Sarawak sejak dari tahun 1983 lagi jadi, Idris merupakan antara barisan 'orang lama' PBB Sarawak. 

Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Parti dan juga merupakan Ketua Cawangan N11 Batu Lintang sekarang. 

Selain itu, Beliau merupakan salah seorang daripada tiga individu yang menjadi jurucakap (spokesman) untuk PBB Sarawak.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Senator Dewan Negara (2005- 2011)
  • Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak (2000-2006) 
  • Peguambela & Peguamcara untuk Mahkamah Tinggi Sarawak 
  • Miliki firma  Idris Buang & Associates, Advocates and Solicitors (1986-kini)
  • Bekas Inspektor Polis (1973-1979)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
  • Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen P171 Kota Samarahan
Pendidikan:
  • Berkelulusan undang-undang dari Universiti of Buckingham, England
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P197 Kota Samarahan N16 Muara Tuang
  • PRN DUN Sarawak 12- P197 Kota Samarahan N16 Muara Tuang