Allan Siden Gramong adalah calon PBB bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N50 Machan, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Beliau merupakan calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan, yang disandang bapanya Datuk Gramong Juna selama 38 tahun, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.
ADUN Machan ini juga antara calon paling muda BN ketika PRN 11, mengalahkan calon PKR Chen Nguk Fa dan Semawi Paong (Bebas) dengan majoriti 2,952 undi.
Anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda PBB pernah dilantik Ahli Parlimen Belia Malaysia memperoleh 4,550 undi berbanding Chen sebanyak 1,381 dan Semawi 1,598 undi.