MASHITAH IBRAHIM

Maklumat Diri
Pasangan
Abdul Shakor Abu Bakar

Dr. Mashitah Binti Ibrahim merupakan calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi kerusi Parlimen P10-Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator. Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Baling, Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Dalam Pilihan raya umum 2004 beliau mengalahkan Ustaz Dato' Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Ustaz Taib Azamudden Md Taib merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas menang pilihan raya 2004, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau selalu menjawab pelbagai isu semasa berhubung dengan agama Islam.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008. Sehingga kini, Dato' Dr Mashitah selalu menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama - bidang kepakaran beliau. Contohnya pada 24 Januari 2008 beliau menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Gerbang Gemilang’ dan disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari padang Sekolah Menengah Agama Sik, Kedah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Lantikan dalam GLC dan agensi:

  • Bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P16 Baling
  • PRU15- P10 Kuala Kedah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada