MOHD SOFFI ABD RAZAK

Mohd Soffi Abd Razak merupakan calon Barisan Nasional (UMNO) bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N5 Benta pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 3,948 undian dengan majoriti undi sebanyak 1,521.

Beliau berjaya mempertahankan kubu kuat Barisan Nasional (BN) empat penggal berturut-turut apatah lagi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ketika parti yang 60 tahun memerintah Malaysia dilanda badai membuktikan pemimpin ini disayangi rakyat.

Pada PRU14, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak mengulangi kejayaan kali keempat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta di bawah Parlimen Lipis, Pahang dengan mendapat 3,261 undian.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau menewaskan Sabaruddin Mohd Yassim daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 2,921 undi. Majoriti undi sebanyak 340.

Turut bertanding calon Pas, Anuar Kassim yang mendapat 739 undian. 

Pada PRU13, beliau yang juga mewakili BN menang dengan mendapat undian 3,833 ketika menentang Rizal Jamin daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 2,932 undi dengan majoriti 901.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Benta
  • Ahli politik
  • Exco Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka
Pendidikan:
  • MSC Construction Management, Bsc Civil Engineering
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P79 Lipis N5 Benta
  • PRU12- P79 Lipis N5 Benta
  • PRU13- P79 Lipis N5 Benta
  • PRU14- P79 Lipis N5 Benta
  • PRU15- P79 Lipis N5 Benta