Bagaikan kerusi Parlimen Keningau milik abang adik, begitulah 'musuh' tradisi antara Gapari Katingan @ Geoffrey Kitingan dan abangnya, Joseph Pairin Kitingan yang
mewakili parti masing-masing bersilih ganti merebut kerusi parlimen itu.
Lebih tiga penggal dimenangi Joseph yang bertanding mewakili parti Barisan Nasional (BN) mengalahkan adiknya Geoffrey sebelum itu, akhirnya kubu kuat BN itu roboh di
tangan saudara sendiri.
Geoffrey yang bertanding atas tiket Solidariti berjaya menakluki kerusi Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 setelah dua cubaan pada PRU Ke-12 dan PRU Ke-13 gagal.
Pengunduran Joseph daripada bertanding di Keningau dilihat memberi laluan kepada Geoffrey walaupun hanya memperoleh majoriti tipis, 45 sahaja.
Berhadapan dengan pertembungan enam penjuru Geoffrey menang dengan mendapat 13, 286 undian menentang calon Warisan, Jikulin Nointin @ Anastasius (13,241).
Antara yang turut bertanding ialah calon BN, Daniel Kinsik (12,742); calon Parti Cinta Sabah Jius Awang (433) serta dua calon Bebas Maimin Rijan (248) dan Justin Guka (199).