MAKLIN MASIAU

Maklumat Diri
Asal
Kampung Dowokon, Pitas

Maklin Masiau dilahirkan di Kampung Dowokon, Pitas berbangsa Sonsogon Sandayu.

Bekas guru ini juga pernah menjadi pesuruhjaya sumpah.

Beliau memperjuangkan isu jalan raya sejak 2001 melalui pembentukan organisasi badan tindakan, permohonan dan laporan  khabar.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, beliau merupakan calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka dalam pertemuan 11 penjuru.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru - 18 tahun 
  • Pesuruhjaya sumpah

Pencapaian:

  • Penyelaras Projek 'Food for friend' di Pitas bersama NST (1997)
  • Penyelaras Projek Penanaman lada jitam  bagi lapan buah kampung (2010)
  • Penyelaras pembinaan jalan sejauh lapan kilomater (Kampung Mandamai Bao- Kampung Pinapak (2014)
  • Penyelaras pembinaan dan pemasangan bekalan air graviti bagi Kampung Dowokon dan Teliduson (2015 dan 2016)
  • Pengasas Persatuan Kaum Sonsogon Pitas (2014) dan kini menjadi timbalan presiden (2017)
  • Ketua Penyelidik Kajian Inventori dan Suku Kata Kaum Sonsogon, Pitas dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah (2017)
  • Pengerusi Pertandingan Unduk Ngadu dan Sukan  Tradisi Daerah Pitas (2004-2006)
Pendidikan:
  • Universiti Sains Malaysia
  • Kolej Perguruan Keningau
  • SMK Arshad Kota Belud
  • SMK Pitas
  • SK Pinapak
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P167 Kudat N3 Pitas
  • PRU14- P167 Kudat N3 Pitas
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N2 Bengkoka