MOHD PATHAN HUSSIN

Pathan Hussin merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili Parti Berjasa bertanding bagi kerusi Parlimen P109 Kapar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Disebabkan GTA belum diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), semua calonnya menggunakan logo Pejuang dalam PRU kali ini.

Dalam Berjasa, beliau merupakan Naib Pengerusi Parti Berjasa Negeri Selangor.

Pathan bertanding dalam PRU13 atas tiket Berjasa, juga di Parlimen Kapar.

.

Pencapaian
Kerjaya:
  1. Bekas pengetua SMI Al-Farabi, Klang
  2. Pengasas sebuah akademi motivasi sahsiah remaja
  3. Pengasas Akademi Nawawi (Pembelajaran Seumur Hidup)
  4. Pengasas Maahad An Nawawi, Kg Delek, Klang
  5. Pengasas Pusat Bahasa Arab dan Pembina Duat An Nawawi untuk remaja

Jawatan dalam parti

  1. Naib Pengerusi Parti Berjasa Negeri Selangor
  2. Naib Pengerusi Parti Berjasa Bahagian Kapar
  3. Mantan Pengerusi Tetap Parti Berjasa
  4. Mantan Ketua Pemuda Gerakan Islam Se-Malaysia

 

Pendidikan:
  1. Universiti Al-Azhar, Mesir - Jabatan Tafsir, Kuliah Usuluddin.
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang
  3. SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam
  4. SAM Sultan Hisamuddin, Klang
  5. SK Telok Gadong, Klang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P109 Kapar
  • PRU15- P109 Kapar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada