Simon Tiong Ing Tung dari Parti Reformasi Negeri (STAR) juga lebih dikenali sebagai seorang aktivis pengguna di Sibu. Beliau dijangka akan bertanding di kerusi DUN Pelawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 12.
Perkara itu diumumkan oleh Presidennya, Lina Soo.
Sebelum ini, beliau pernah dicalonkan di kerusi DUN Nangka pada PRN ke 11 dan kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, bagaimanapun tewas dengan pihak lawan.