PRISCILLA LAU

Peguam Priscilla Lau daripada Sarawak Peace Party memilih untuk mencabar calon DAP Alice Lau dan calon Barisan Nasional (BN) Kelvin Kong di kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Namun percubaan pertama beliau gagal selepas tewas dengan Alice dalam pertembungan tiga penjuru.

Kemudian, beliau telah menyertai Parti Bumi Kenyalang (PBK) mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya, Jamie Tiew Yew Huong merupakan calon Peace di kerusi Parlimen Sibu pada PRU Ke-14. 

Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi kerusi Parlimen Lanang, Priscilla Lau menyeru pengundi memberi peluang kepada beliau dan partinya berkhidmat kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) akan datang.

Jika diberi peluang, Lau memberi jaminan kepada pengundi bahawa beliau akan bersuara untuk rakyat di Parlimen, terutamanya berkaitan hak autonomi rakyat Sarawak.

"Letakkan kepercayaan anda kepada saya dan saya akan bersuara dengan berani di Parlimen," katanya

Setiausaha Agung PBK berusia 53 tahun itu percaya dengan kematangan pengundi, berkata mereka lebih mementingkan politik pada masa kini.

"Mereka prihatin dengan senario politik dan mudah-mudahan, ia akan diterjemahkan kepada lebih banyak undi untuk saya pada pilihan raya akan datang," tambahnya.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Lanang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Sarawak Bersatu (PSB)  dan juga seorang calon Bebas. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam

Jawatan dalam politik:

  • Setiausaha Agung Parti Bumi Kenyalang
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Sarawak Bersatu
Parti: PSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P211 Lanang
  • PRU15- P211 Lanang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P212 Sibu N54 Pelawan
  • PRN DUN Sarawak 12- P211 Lanang N51 Bukit Assek