Elly Lawai Anak Ngalai adalah calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Meluan, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.
Dalam PRN11 pada 2016, DUN Meluan menjadi antara kerusi sengit, apabila Rolland meraih 37.4 peratus, diikuti Elly (yang ketika itu bertanding bebas) dengan 29.9 peratus undi, seterusnya calon dari PKR dengan 22.3 peratus undi. Seorang lagi calon bebas mendapat 10.4 peratus undi.
Elly menegaskan GPS gagal membawa perubahan meskipun telah lama memerintah - sejak masih bersama BN. Tiada stesen minyak, tempat tamu, parkir kereta, premis berniaga yang terhad, serta masalah bekalan air merupakan antara masalah yang ditekankan Elly. Justeru katanya, rakyat harus memilih perubahan.
Jika terpilih, Elly berjanji akan membangunkan kemudahan dan infrastruktur asas yang lebih baik, termasuklah internet, bekalan air serta elektrik ke rumah-rumah panjang dan luar bandar.
Dia juga mahu memastikan jaringan jalan raya ke semua rumah panjang, sekolah dan klinik di luar pekan Julau bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan dan pendidikan, serta memudahkan jualan hasil pertanian mereka seperti buah kelapa sawit, lada dan sayur.
Pada Pru15, Elly Lawai akan bertanding secara bebas di parlimen P209 Julau, Sarawak menentang Susan Anak George (Parti Bangsa Dayak Sarawak), Joseph Salang (GPS) dan juga Larry Soon (PBM)