WAN ABDILLAH EDRUCE WAN ABDUL RAHMAN

Datuk Wan Abdillah Edruce Abdul Rahman merupakan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 12 bagi DUN Lingga setelah diumumkan pada 24 Januari 2020.

Aktivis sosial ini pernah bertanding di kerusi itu pada PRN Sarawak ke 11 atas tiket Bebas namun kali ini beliau menyertai PSB sebagai platform politiknya. 

Wan Abdillah juga cucu bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Tuanku Bujang pernah menyertai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini telah dipecat selepas bertanding sebagai calon Bebas pada PRN berkenaan.

Pada pertandingan tiga penjuru PRN berkenaan, Wan Abdillah dan calon PKR, Abang Zulkifli Abang Engkeh tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) ketika itu Simoi Peri yang menang majoriti 2,493 undi.

Sementara itu, Wan Abdilillah terlibat aktiviti sosial dengan memulakan khidmatnya sebagai aktivis sosial sejak 2011 yang merangkumi Parlimen Santubong.

Antara lain, beliau merupakan penasihat dan ahli kehormat masing-masing bagi Persatuan Melayu Saribas (PERKEMAS) serta Persatuan Kemajuan Bumiputera Sebuyau.

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan disandang dalam Badan Bukan Berkanun; 

  • Penasihat dan ahli kehormat Persatuan Melayu Saribas (PERKEMAS)
  • Penasihat dan ahli kehormat Persatuan Kemajuan Bumiputera Sebuyau
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Sarawak Bersatu
Parti: PSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P201 Batang Lupar N28 Lingga
  • PRN DUN Sarawak 12- P201 Batang Lupar N28 Lingga