Wan Abdillah Wan Ahmad merupakan Yang di-Pertua Pas kawasan Batang Lupar dan seorang pendakwah bebas.
Beliau juga seorang usahawan berpengalaman luas dalam bidang dakwah malah merupakan bekas imam daerah Masjid Annur Sibu dan penceramah kebangsaan dan antarabangsa di Brunei, Indonesia dan Singapura.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong Simunjan, seterusnya di SMK Agama Matang 2, Kuching dan Kolej Islam Klang.
Sejurus tamat pengajian peringkat sekolah, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang.
Bercerita tentang perjalanan politik, beliau dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016 bagi merebut kerusi DUN Sebuyau.
Kemudiannya diberi tanggungjawab bertanding peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke- 14 (2018) bagi kerusi Parlimen Batang Lupar.
Bagaimanapun beliau kecundang bagi kedua-dua kerusi tersebut dan tewas di tangan Barisan Nasional.