Zulkipli Ramzi merupakan Timbalan Persuruhjaya III Pas Sarawak merangkap calon Pas bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali Ke- 11 dan kerusi Parlimen Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14.
Beliau berusia 42 juga Yang diPertua Pas kawasan Kota Samarahan.
Cemerlang dalam pendidikan, beliau berkelulusan diploma elektronik industri dan instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak dan merupakan seorang usahawan.
Dalam pada itu, beliau juga pernah menjawat jawatan bendahari dan setiausaha kerja (SUK) Badan Perhubungan Pas Sarawak